Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi

Pada 30 Januari 2019, telah berlangsung Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena meraikan persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohamed Yunus bin Mohamed Yusoff.

Kerjaya beliau bermula pada tahun 1980 di tiga buah sekolah rendah, iaitu SK Beris Panchor, Bachok Kelantan dan SK Batu Melintang, Tanah Merah mulai tahun 1983, serta SK Tanah Kebun, Parit Buntar, Perak mulai tahun 1985. Mula bertugas di SMK Teluk Kumbar 2 pada 2009.Genap 10 tahun di sekolah ini, dan genap jugalah umur persaraan beliau.

Telah berkhidmat selama 39 tahun dalam dunia pendidikan, En Mohamed Yunus doraikan dalam majlis persaraan gilang gemilang yang bertemakan Kesultanan Melayu Melaka.

Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada En Mohamed Yunus atas segala sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Selamat bersara.

Majlis Sambutan Pelajar Tingkatan 1 2019

Majlis Sambutan Pelajar Tingkatan 1 2019

Pada 29 Disember 2018, satu Majlis Sambutan/Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2019 telah diadakan.

Seramai 150 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari ini.

Kami warga SMK Teluk Kumbar 2 mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baru Tingkatan 1 dan berharap semoga semua pelajar dapat menimba ilmu dengan baik di sini.

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2018

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2018

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 merupakan program tahun kedua sekolah bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang telah layak menamatkan persekolahan mereka selama 5 tahun di SMKTK2. Majlis telah berlangsung di Hotel Lexis pada 1 November 2018.YB Azrul Mahathir bin Aziz,ADUN Bayan Lepas telah merasmikan majlis ini yang berlangsung dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 yang telah bergraduasi dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.Semoga kejayaan mengiringi calon-calon SPM tahun 2018 ini.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk PT3 dan SPM telah dijalankan pada 27 September 2018 di Masjid Maqbul,Teluk Kumbar.

Majlis dimulakan dengan slot motivasi oleh Ustaz Lokman Al-Hakim. Selepas itu, majlis diteruskan dengan solat Magrib berjemaah,solat hajat,bacaan Yassin,Tahlil dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Hari 2K’s Day 2018

Hari 2K’s Day 2018

Hari 2K’s Day telah berlangsung dengan meriahnya pada 22 September 2018,hari Sabtu. Program ini telah dirasmikan oleh Mejar Mohamad Fouzi bin Arshad.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pameran,gerai jualan, pertandingan azan,model cilik,menulis jawi, meneka bilangan kacang, meneka berat buah dan futsal.

Program ini telah berjaya menarik minat pelajar dan waris juga turut hadir memeriahkan Hari 2K’s Day.

Jemputan Ke Hari 2K’s Day

Jemputan Ke Hari 2K’s Day

Hari 2K’s Day akan diadakah pada 22 September 2018 (Sabtu) jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Terdapat pelbagai aktiviti seperti Pameran, Memanah, Cabutan Bertuah, Pertandingan Azan, Menulis Jawi,Mewarna, Model Cilik, Mengira berat Buah, Mengira Kacang & Futsal.

Jom sama-sama meriahkan Hari 2K’s Daya SMK TK2

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2018

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2018

Pada 27 Julai 2018 bersamaan hari Jumaat, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMTK2 telah dilangsungkan dengan meriahnya di Medan Ilmu. YB En Azrul Mahathir bin Aziz telah dijemput merasmikan majlis ini.

Penyampaian anugerah kecemerlangan akademik disampaikan kepada semua pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dari Pendidikan Khas hingga Tingkatan 5.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Pelajar Cemerlang PT3 dan SPM 2017, Anugerah Tokoh Pelajar Pendidikan Khas, Anugerah Tokoh NILAM, Anugerah Tokoh Kepimpinan dan Anugerah Tokoh Pelajar SMKTK2.

Tahniah dan syabas kepada penerima anugerah pada tahun ini.Semoga para pelajar akan terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.