Ceramah dan Latihan Kebakaran

Ceramah dan Latihan Kebakaran

Pada hari Rabu , 18 Julai 2018, telah diadakan satu ceramah dan latihan kebakaran. Ceramah kebakaran telah disampaikan oleh Pegawai APM Cik Azinatul Khotimah bt Bakar. Turut hadir pada program ini ialah 9 anggota pelatih APM.

Program ini diadakan saban tahun untuk melatih warga sekolah sentiasa bersedia dalam menghadapi keadaan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran di sekolah.

Ketika latihan kebakaran, pelatih APM membuat demonstrasi memadam kebakaran.

Terima kasih diucapkan kepada Unit Kecemasan Kebakaran (4K) SMKTK2 yang telah menganjurkan program seperti ini.

Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Sambutan Hari Raya

Pada 13 Julai 2018 (29 Syawal), satu majlis sambutan hari raya telah diadakan.Majlis pada tahun ini begitu meriah dengan persediaan awal menghias gerai mengikut tingkatan.

Aktiviti yang dijalankan semasa sambutan tersebut dimulai dengan bacaan Yassin, takzirah oleh ustaz Firdaus, OOTD Raya, pertandingan menganyam ketupat guru-guru, dan jamuan raya.

Semoga sambutan kali ini meninggalkan kenangan indah buat semua warga SMKTK2.

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2018

Pelancaran Minggu Anti Dadah 2018

Pada 23 April 2018 bertempat di Dataran Wawasan telah berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah. Program ini dilaksanakan supaya pelajar dapat berkongsi dan menerima maklumat tentang bahaya penyalahgunaan dadah.Di samping itu, menerusi program ini diharapkan pelajar akan sedar tentang kesan penyalahgunaan dadah.

Diharapkan, program ini mampu mewujudkan iklim sekolah yang sihat tanpa penyalahgunaan dadah.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017

Pada 20 April 2018, bertempat di Dataran Wawasan telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2017. Tn Hj Rusli bin Hashim telah dijemput untuk menyampaikan anugerah kepada guru-guru dan staf yang menerima anugerah.

Tahniah diucapkan kepada penerima APC dan semoga terus bermotivasi untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang.

Dialog Prestasi Pengetua Bersama Calon SPM 2018

Dialog Prestasi Pengetua Bersama Calon SPM 2018

Pada 18 April 2018, En Ibrahim bin Kasa,pengetua SMKTK2 telah mengadakan Dialog Prestasi bersama pelajar-pelajar tingkatan 5 yang merupakan calon SPM tahun ini.

Dialog ini berfokus kepada prestasi akademik pelajar dan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut.

Program sebegini membawa impak positif kepada para pelajar dan diharapkan semangat mereka terus berkobar-kobar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di dalam peperiksaan SPM nanti.

Kejohanan Sukan Tahunan

Kejohanan Sukan Tahunan

Pada 14 April 2018, telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan SMK TK2 dengan jayanya. Kejohanan kali ini berlangsung dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Tn Hj Rusli bin Hashim, Ketua PPD Barat Daya.

Johan keseluruhan telah disandang oleh rumah Laksamana.Manakala rumah Temenggung berjaya menjadi Johan Hiasan Khemah dan Johan Perbarisan.

Semua warga SMKTK2 telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Terima kasih kepada semua.