• 1.png6.png3.png3.png1.png4.png
  • Web Traffic:
  • Hari ini 0
  • |
  • Semalam 199
  • |
  • Minggu ini 199
  • |
  • Bulan ini 3335
  • |
  • Keseluruhan 163314

 

Bismillahirahmanir rahiim

                Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberi ruang untuk menyampaikan mesej kepada warga Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2 pada laman sesawang  ini.

Berteraskankan  motto sekolah “Berakhlak,Berilmu,Berwawasan”  pihak sekolah mempunyai komitmen yang tinggi melahirkan modal insan yang cemerlang dari semua segi berdasarkan visi dan misi sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Daripada  kaca mata PKHEM kecemerlangan hanya akan dapat dicapai seiring kelangsungan pematuhan peraturan sekolah dan  disiplin secara menyeluruh.Asas disiplin yang ampuh dan utuh amat penting dalam pembentukan sahsiah dan kemenjadian murid.Amalan kecaknaan semua pihak banyak membantu dalam pembentukan modal insan ini.Justeru,merekayasa peranan kaunselor di sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran antaranya banyak membantu membimbing pelajar menunjuk arah menuju kecemerlangan pelajar akdemik mahupun sahsiah murid.

                Setiap unit di bawah Pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah ini memainkan peranan penting.Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun. Oleh yang demikian,komitmen pentadbir sekolah,guru-guru,kakitangan sekolah,para waris,ibu bapa dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam memberikan sokongan amatlah dialu-alukan dan diucapkan terima kasih.Semoga dengan daya usaha semua pihak, agenda pendidikan ini dapat dilaksana dengan lebih dinamik dan proaktif.Sebagai renungan warga SMK Teluk Kumbar 2 kita selami kata-kata daripada Imam Al Ghazali ini..

Yang singkat itu waktu

Yang menipu itu dunia

Yang dekat itu kematian

Yang besar itu hawa nafsu

Yang berat itu amanah

Yang sulit itu ikhlas

Yang mudah itu berbuat dosa

Yang susah itu sabar

Yang sering lupa itu bersyukur

Yang mendorong ke neraka itu lidah

Yang berharga itu iman

Yang mententeramkan hati itu teman sejati

Yang ditunggu Allah SWT itu taubat.

Akhirulkalam,jadilah kita insan yang baik dan dapat memberi manfaat serta sumbangan kepada agama,bangsa dan Negara

Sekian, terima kasih.

 

Ismail @ Faiden Hassan
Penolong Kanan HEM
SMK Teluk Kumbar 2