• pasukan kompang gamelan tarian hak
  • PAGAR UTAMA NEW
  • kot
  • 1.png6.png3.png3.png1.png4.png
  • Web Traffic:
  • Hari ini 0
  • |
  • Semalam 199
  • |
  • Minggu ini 199
  • |
  • Bulan ini 3335
  • |
  • Keseluruhan 163314

     SMK Teluk Kumbar 2 dibina di atas sebidang tanah sawah yang terbiar dalam kawasan Kampung Suluk, Teluk Kumbar jauhnya kira-kira 8.5 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya dan 13.2 km dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Manakala jarak antara SMK Teluk Kumbar 2 dengan SMK Teluk Kumbar kira-kira 2.5 km.

      SMK Teluk Kumbar 2 merupakan sekolah menengah yang kedua dibina oleh Kementerian Pelajaran dalam kawasan Teluk Kumbar. Pembinaan bangunan sekolah ini berkonsepkan ‘design and build’, mengandungi beberapa blok bangunan atau bahagian/kawasan yang mengutamakan aspek keceriaan dan kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.  Dengan keluasan 8,870 meter persegi, susunatur bangunan boleh dibahagikan kepada empat zon utama mengikut fungsi ruang iaitu:

      1.       Zon pentadbiran

      2.       Zon akademik

      3.       Zon kediaman

      4.       Zon rekreasi / gelanggang permainan

   Sebelum bangunan sekolah ini siap sepenuhnya, SMK Teluk Kumbar 2 telah beroperasi dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu mulai 1 Januari 2003 dengan beberapa kelas Tingkatan 1(satu). Allahyarham En. Md. Naziar Bin Md. Isa, Penolong Kanan HEM SMK Raja Tun Uda pada masa itu telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sebagai Penyelaras. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah yang sama pada 1 Januari 2004. Pengetua SMK Teluk Kumbar 2 yang pertama ialah Dr. Iskandar Bin Abdullah.

      Kini SMK Teluk Kumbar 2 mempunyai 25 kelas akademik aliran perdana dan 8 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Mempunyai sebuah makmal muzik yang besar dan serba lengkap, dengan bimbingan guru muzik yang dedikasi dan berpengalaman pihak pentadbir yakin SMK Teluk Kumbar 2 akan dapat menjadikan Muzik Gamelan / Tradisional sebagai identiti sekolah ini.

      Lagu Sekolah ini merupakan hasil ciptaan dan gubahan En. Rizal Md. Noor, Guru Muzik dan lirik pula dihasilkan oleh Che Saodah Hassan juga guru akademik sekolah ini. Motto sekolah ialah “Berakhlak, Berilmu dan Berwawasan”.