Pada 5-6 Februari, SMK Teluk Kumbar 2 telah menghantar pasukan Sepak Takraw bawah 15 dan bawah 18 ke pertandingan sepak takraw peringkat daerah. Pasukan bawah 15 telah mendapat tempat ke-3 dan 3 orang pelajar telah terpilih ke peringkat negeri.

Majlis penyampaian sijil dan pingat telah disempurnakan dalam satu majlis ringkas pada hari Jumaat , 9 Februari 2018.