Pada 21 Februari 2018, pelajar SMK Teluk Kumbar 2 , Muhammad Zarif Humaidi bin Ahmad Zaini telah menjadi Johan Kategori Optimis Bawah 15 tahun sempena Kejohanan Sukan Perahu Layar Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang.

Pelajar ini telah menjadi johan untuk kali ke-3 berturut-turut sejak tahun 2016. Kejayaan ini sangat membanggakan pihak sekolah.Tahniah diucapkan!