Pada 26 Februari hingga 1 Mac, seramai 4 orang pelajar SMK Teluk Kumbar 2 telah mewakili pasukan Zon Balik Pulau ke pertandingan sepak takraw Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pasukan Zon Balik Pulau telah berjaya mendapat tempat ke-3.

Pelajar yang terpilih mewakili Zon Balik Pulau ialah Muhd Asyraf bin Abd Rahim (3C), Muhamad Azib bin Mohd Razif (3C), Muhd Qeis bin Shahril(3C) dan Muhd Khairi Idham bin Karfizi(2M).

Pihak sekolah amat bangga dengan kejayaan dan kebolehan para pelajar ini. Tahniah diucapkan.